Kenyataan Akhbar oleh ADUN Air Itam, Wong Hon Wai di Pulau Pinang pada 27 Jun 2008
--------------------------------------------------------------------------------------------
Kerajaan Persekutuan perlu jelaskan kedudukan sebenar PORR
Saya berasa kesal terhadap pengumuman Kerajaan Persekutuan bahawa Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) yang bernilai RM1.5 bilion ditangguhkan tanpa had masa dalam Kajian Separuh Penggal RMK-9.
Projek PORR telah diumumkan pada tahun 2000 dan melibatkan 23 unit rumah dan 5 unit kedai di Jalan Chor Sin Kheng, Air Itam, Pulau Pinang. Projek PORR merupakan projek persekutuan.
Penduduk-penduduk telah berjumpa dengan saya dan menyatakan ketidakpuasan mereka terhadap pendirian kerajaan Persekutuan kerana penangguhan tersebut tidak ditetapkan satu tempoh.
Oleh kerana ketidaktentuan tersebut, penduduk-penduduk menghadapi masalah urusan transaksi tanah serta pembuat keputusan samada hendak membaikpulih rumah mereka.
Ini bukan satu tindakan prihati oleh Kerajaan Persekutuan memandangkan penduduk telah hidup dalam keadaan serba salah selama 8 tahun dan berlanjutan untuk tahun-tahun yang akan dating.
Saya mendesak Kerajaan Persekutuan untuk memperjelaskan kedudukan sebenar PORR supaya penduduk mendapat tahu kedudukan sebenar.
1 comment:
你怎么说 大马第九计划 应如何調整 左喊穷,右乱掷increase增300亿发展拨款 1/6 ==> http://www.youtube.com/watch?v=gKP2xu3i_dQ
你怎么说 大马第九计划 应如何調整 左喊穷,右乱掷increase增300亿发展拨款 2/6 ==> http://www.youtube.com/watch?v=X8xMgXvv-9A
你怎么说 大马第九计划 应如何調整 左喊穷,右乱掷increase增300亿发展拨款 3/6 ==> http://www.youtube.com/watch?v=hUP-QHViOQw
骗了又骗出尔反尔 左喊穷,右乱掷 政府检讨第九马来西亚计划时,将展延(取消)槟城单轨列车(20亿)及槟城外环公路(15亿);不过,却会为总值马币两千亿元的第九马来西亚计划额外注入马币三百亿元。。
Post a Comment